Thursday, October 23, 2008

3 golongan manusia yg Allah s.w.t. cinta & benci

Dalam Hadis Qudsi disebut tiga golongan manusia yang dicintai dan paling dicintai Allah s.w.t, iaitu:

1. Allah s.w.t. menyintai orang yang tawaduk, tetapi Allah s.w.t. sangat menyintai orang kaya yang tawaduk.
2. Allah s.w.t. menyintai orang yang pemurah, tetapi Allah s.w.t sangat menyintai orang miskin yang pemurah.
3. Allah s.w.t, menyintai orang yang bertaubat, tetapi Allah s.w.t. sangat menyintai orang muda yang bertaubat.

Tiga golongan yang dibenci Allah s.w.t. ialah:

1. Allah s.w.t. membenci orang yang takbur, tetapi Allah s.w.t. sangat membenci orang kaya yang takbur.
2. Allah s.w.t. membenci orang yang bakhil, tetapi Allah s.w.t. sangat membenci orang kaya yang bakhil.
3. Allah s.w.t. membenci orang yang tidak mahu bertaubat, tetapi Allah s.w.t. sangat membenci orang tua yang tidak mahu bertaubat.

Sementara itu, Luqman ada berpesan kepada anaknya:
...Sepanjang hidupku, aku hanya memilih kalimah daripada pusaka para nabi untuk pegangan hidup, iaitu:

- Apabila engkau solat jagalah baik-baik fikiranmu.
- Apabila engkau bertandang kerumah orang lain, jagalah pandangan matamu.
- Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu.
- Ingatlah kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.
- Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut.
- Lupakan budi baik mu terhadap orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam..

No comments: