Saturday, June 27, 2009

Positive & Negative (COBAAN)


Alhamdulillah.Tanggal 4hb June 2009 adalah hari bersejarah bagi diri ini..Alhamdulillah,Dengan sekali lafaz,Mawarnee Abd Rashid telah sah menjadi isteri yang akan menemaniku di sepanjang pejalan hidup ini.InsyaAllah…Terima kasih juga kepada abang shwan, abear dan pasangannya ( alia),OZ, dan ajoy kerana sudi hadirkan diri memberi sokongan =)


Keesokan harinya,perjalanan ke Melaka semuanya bermula dengan baik belaka…bertolak dari Gombak pada jam 1030 pgi.6 buah kereta mengiringi rombongan menghantar ke Paya Rumput Melaka.. Saya menaiki kreta bersama org tua tercinta dan adik ketiga ku Rayyan.Perjalanan dimulakan dengan Doa agar selamat didalam perjalanan ke Melaka.Ibunda tercinta juga tidak putus2 berzikir sepanjang perjalanan.Malang tidak berbau..Dugaan pertama dihari bersejarahku bermula apabila kereta Iswara aeroback yg dipandu tiba2 terhenti ngan sendirinya..pada ketika itu kreta di kelajuan 90km/j dan berada di lorong ketiga..Alhamdulillah,Allah masih memelihara hambanya yang lemah dan hina ini..Laluan lebuhraya yang selalunya sibuk dengan lori2 dan kereta tetiba sunyi dan kreta yang dipandu dapat menyusur ke lorong kecemasan sebelum terhenti sepenuhnya.(macam brek emergency).AllahuAkbar…Alhamdulillah kami masih selamat.Hatiku tetap tabah dengan dugaan Allah dihari besar ku..Aku percaya ,pasti ada hikmah disebalik kejadian tadi…


Kereta kami dibawa ke sebuah bengkel oleh Alex..Tauke bengkel yang diperkenalkan oleh En Omar.Polis bantuan lebuh raya.Di sana,Rim kereta dibuka,ternyata kami bernasib baik kerana nat yang mengikat tayar kereta telah terlekat .Jika diteruskan perjalanan.kemungkinan besar tayar kami akan tercabut.Nauzubillah..Syukur kami sekeluarga masih selamat..Setelah dibaiki.(tukar shaft belakang)..Jumlah baik pulih adalah RM765..Telan air liur aku dibuat nya..Tapi xpela,janji kami selamat utk ke majlis kenduri di Melaka.Majlis berinai di melaka berjalan dengan sungguh meriah sekali.Dengan paluan rebana dari 4 generasi mengiringi majlis tersebut.Errmm,hatiku terasa sungguh gembira dan kagum dengan adat negeri melaka..dengan bunga api ,Tol dari setiap pintu masuk rumah..=)..


Dugaan seterus nya adalah pada hari persandinganku di Melaka. Di pagi yang penuh dengan debaran,aku dikejutkan dengan masalah kesihatan ibunda tercinta.=(..tiba2 beliau demam panas dan mengigil.Hingga tidak mampu utk bangun.Pagi tu jugak la bapaku membawa beliau berjumpa dengan doctor.Beliau diberi satu injection dan diarahkan berehat.Ini bermakna,ibunda tercinta xdapat hadir di hari besar ku..Hati rasa sedih gak dan xsedap hati je..leh kata berat gak dugaan tu.tapi aku tabahkan juga diri n bersabar.Aku percaya,pasti ada hikmah disebalik apa jua perancangan dari Illahi.


Papepun,Syukur Alhamdulillah,Majlis di Melaka still diteruskan sperti yang dirancang.Hati terasa syahdu gak la di majlis tu..Selesai je majlis,aku terus telefon bapaku utk bertanya tentang kesihatan ibundaku..Ternyata,demam nya masih teruk.Beliau diberi suntikan lagi skali utk mereda kan suhu badan.Keesokan harinya,bapaku telah membawa ibunda tercinta balik ke Gombak.3hari gak la bergantung ngan ubat2 dari doctor dari klinik2..

Pada hari rabu bersamaan 10/6/09.Bapaku membawa ibuku ke hospital utk pemeriksaan yang lebih terperinci.Satu lagi ujian besar buat diriku..Ibunda tercinta dimasukkan ke Wad ICU..=(…Aku yang baru masuk kerja pada hari itu terus bergegas ke hospital.Menurut doctor.ibu ku diserang penyakit lama nya.Iaitu sakit *#&^%..SubhanaAllah…besar sungguh ujianmu di saat majlis perkahwinan belah rumah ku…Namun,hatiku tetap bersabar n berdoa agar Kau kuatkan la hatiku,tabah kan diriku utk menhadapi ujian Mu …

3hari ibunda ku di ICU Hospital selayang(HS)..Hatiku berasa sungguh sedih dengan perkhidmatan para doktor2 n doctor pelatih disana.Ibuku bertambah sakit dibawah penyeliaan dari petugas HS.Boleh dikatakan yang ibuku dibuat seperti bahan uji kaji oleh doctor pelatih.Wayar2 berselirat di tubuh badannya.Hati anak mana yang tak sedih melihat seluruh tubuh badan ibu sendiri lebam2 teruk angkara doctor pelatih yang tidak tau cara betul utk mngambil darah.Aku lihat ibuku yang menanggung kesakitan.Tersiksa angkara perbuatan mereka.Penyakit sebenar xdapat dipastikan,tetapi ujian macam2 dijalankan. Ada yang kata Virus,ada yang kata darah hilang,ada yang kata Tulang sum2 ibuku rosak.Macam2 la dorang mengarut.Dalam hatiku berasa sungguh menyesal kerana mungkin kerana terlampau letih menguruskan majlis kenduriku,ibuku jatuh sakit..Ada juga aku sampai kan hasrat pada bapaku agar membatalkan saja majlis kenduri dirumah kerana xsanggup nak bergembira sedangkan ibuku terseksa di Wad ICU.Perancang utrk berbulan Madu juga dah aku batalkan awal2 lagi..Tapi,Dengan tenang bapaku membalas,”Along,kita dah jemput semua tetamu.Banyak2 bersabar.ini ujian dari Allah..n Along kena tabah n banyakkan berdoa.”.So,Ok la,Majlis on la..Tapi,Honey moon,maybe next time la..Xguna gak gi honeymoon kalau hati xtenang kan

Setelah 3 hari di HS.Aku mengambil keputusan utk memindahkan ibuku ke SJMC.Berjumpa dngan Doktor Pakar yg memang memantau penyakit ibuku sejak awal lagi..Sesampai nye di SJMC,Doktor Ng terkejut melihat kedua tangan dan lengan tangan ibuku yang bengkak & lebam2.Tetapi tenag mengdiagnos penyakit ibu ku..Darah diambil utk dibuat ujian…Tetapi xde pun macam HS yang 10 kali cucuk baru dapat darah..Doktor Ng skali je dah dapat.Ibuku pun nampak lebih smangat n sihat setibanya di sana.

Menurut Dr Ng..Ibuku diserang Demam Denggi…Errrrmmmm…Rupa2nya denggi..Tapi Apa benda la HS tu buat..Hospital yg punya canggih..tapi,perkhidmatan,buat ala2 kadar..Huhhh…Papepun,ibuku masih x dibenarkan keluar utk ke majlis kenduri kahwinku kerana kesihatannya masih tidak mengizinkan.Walaupun hatiku masih terasa sedih kerana sekali lagi ibuku terlepas utk melihat anak sulongnya bersanding…Tetapi hatiku tetap bersyukur dan gembira kerana ibuku nampak lebih sihat dari sebelumnya.

Ujian seterusnya adalah,seperti biasa,mataku tiba2 merah,mungkin kerana kurang tidur kerana mengenangkan ibuku yang dihospital..Namun,bila dah terlampau letih,mataku terlena jua.Terima kasih la pada isteri tercintaku kera xhenti2 memberi kata2 semangat yang memang aku perlukan..Nak xnak,aku terpaksa memakai spek la sepanjang majlis kahwin ku…


Tanggal 13/6/09.Dimajlis perkahwinanku..Alhamdulillah,Syukur kehadrat Illahi…ramai sunnguh tetamu yang hadir ke rumah ku..Rakan2ku dari UiTM,Perlu,Member team Bola,Geng2 Gendang,Ahli Persatuan NGO,Rakan Sekolah ku,Member2 opis,semuanya dapat hadir..Meriah sungguh hari tu.Namun,walau meriah macam mane pun,Hatiku tetap mengenangkan ibuku yang terlantar di hospital.Air mata menitis disaat rakan2 kompang menyanyikan lagu kahwin..””Ayah ibu,besarlah hati~~,Anaknya menjadi Raja Sehari~ ~””antara lirik lagu nya…Air mata menitis dan hatiku sebak..Nasib baikla kembar aku (ABE) yg jadi pengapit..Minta tolong la dia kesat air mataku sbelum org lain perasan.

.

Selesai majlis perkahwinanku,makcik2ku (4orang ngan family skali) yang baru pulang dari umrah sampai..Terubat juga la diri ni kan..Tengok sedara2 yang xhenti2 mendoakan ibuku ketika mereka di Makkah..Malam tu,kami bersama2 pergi ke SJMC utk melawat ibuku..Utk mengubat hati ibuku,Aku dan isteri bersiap seperti nak ke majlis persandingan..Memang sebijik macam siang tu..=)…Berjumpa ibuku di hospital,nampak beliau gembira melihat anaknya dan menantu barunya..Hatiku turut gembira melihat senyuman ibuku…

4 hari ibu ku ditahan di SJMC.dan beliau telah dibenarkan pulang ke rumah…Aku menadah tangan tanda syukur kerana ibuku selamat dan bertambah sihat…Aku berasa sungguh gembira melihat ibuku yang bertambah sihat.

Begitula Al kisah dugaan Allah dihari besarku..Tetapi,aku tetap percaya,setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.Allah maha Besar.Beliau ingin menguji hambanya yang lemah ini..Kita hendaklah sentiasa bersabar,perkuatkan iman dan berdoa kepadaNya agar kita dapat ketabahan dan kekuatan utk menghadapi ujian yang diberi..

****YYEEEAAAHHHH!!!AKU DAH KAHWIN!!!=)****

4 comments:

yazilahyazir said...

salam boy..
first skali, akak minta maaf pasal tak dapat hadir ke majlis boy...ada sukan staf masa tu...
boy org baik, tabah hadapi dugaan...ALLAH pun sayang..
Anyway, congrats, semoga boy dan wani dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipeliharakan kesihatannya dan semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu cicit...hehheheh...

wegreentheearth said...

tahniah ...

aku wanita said...

Congratulations!!

...:)

aboy said...

Xpe kak...saya faham..=)...Kepada semua...TQ atas doa dan ucapan dari semua...